Thursday, May 14, 2009

Latar belakang Anggerik Rindu


Berniaga memang menjadi darah daging keluarga saya. Kebanyakan saudara mara berniaga, begitu juga ibu saya Pn. Asnah Bt. Jasat. Beliau telah menceburi pelbagai perniagaan samada jualan langsung dan perniagaan berkaitan dengan wanita seperti kedai pakaian, kedai menjahit pakaian dan juga berniaga makanan. Disamping itu beliau juga mengambil tempahan membuat pelamin, sewa pakaian pengantin serta solekan.
Sebagai anak saya menyokong seratus peratus usaha gigih ibu saya yang sangat cekal dalam mengharungi cabaran di dalam dunia perniagaan. Disebabkan umur yang semakin meningkat, beliau mengambil keputusan untuk bersara dari perniagaan yang lain dan menumpukan kepada bidang andaman/perkahwinan, kerana ia juga minat saya. Bersama-sama kami menjenama semula perniagaan ibu dan tertubuhlah Butik Pengantin Anggerik Rindu,idea ibu yang sangat menggemari bunga anggerik atau orkid. Rindunya pada abah yang terpaksa berjauhan kerana membantu kakak yang kurang sihat di Rawang membuatkan beliau memutuskan untuk menggunakan Anggerik Rindu sebagai jenama untuk kedai ini. Semoga usaha gigih ibu membuahkan hasil dan segala pengorbanan dan usaha diberkati, Insyaallah.

Salam Perkenalan

Anggerik Rindu adalah merupakan inspirasi ibu saya Pn. Asnah bt Jasat. Beliau sangat meminati bidang andaman dan sangat komited serta kreatif.

Bermula tahun 2009, Anggerik Rindu melangkah lebih jauh dengan memasuki pasaran di bidang IT.

Bersesuaian dengan moto " Anda tentukan, kami tunaikan" Anggerik Rindu akan cuba sebaik mungkin merealisasikan impian perkahwinan anda bersesuaian dengan budget anda.

Semoga impian anda terlaksana di Anggerik Rindu!

Friday, May 8, 2009